Bab 1
‘’Hai ! Nama aku , Diana .. Adriani Diana binti Zaffri. Nama yang simple macam orangnya juga . Korang boleh panggil aku , Diana . Tapi ,
bunyi macam formal sangat pulak kan ? Hehe . Jadi , korang boleh panggil aku
Dian . Ermm .. tapi macam baik sangat lah pulak . Ha ! apa kata , korang
panggil aku Ana ? Lagipun , aku ni
peminat Anna Hathaway . Tapi , aku tak lah secantik dia . Tinggi pun ,
paling-paling had siku dia je kot . Tapi , aku ada senyuman semanis dia .
Percaya tak , ha , tengok ni !’’ , sejurus itu , Dee serentak menayangkan
barisan giginya yang dipenuhi coklat cadbury
itu ke arah kamera yang sedang dirakam oleh Azmir .
‘’Dee !’’ Laungan Ain menyebabkan Diana terus terhatuk kepalanya ke
arah kamera yang sedang dipegang oleh Azmir .
‘’Adoi ! Ain , kalau ye pun bagilah salam dulu . Kau ni
, buat aku sakit jantung je . Haishh . Aku ni tak kahwin lagi tau . Kalau ye
pun , bagilah aku bertunang dulu ke ‘’, ujar Diana sambil tersenyum kambing .
‘’Mai aii , sakitnya kepala
aku !’’ , monolog Diana sendirian tatkala Ain mulai menghampiri dirinya .
‘’Ala , sorry lah Dee . Aku
ade berita penting nak bagitau kat kau ni !’’
‘’Berita apa yang lagi
penting daripada merakam saat-saat manis bersama cadbury aku ni , Ain ? Adoi, bengkak kepala aku , ‘’ ujar Diana
sambil perlahan-lahan mengusap ubun-ubun
kepalanya .
‘’Ala, nanti aku tolong
picitkan kepala kau okay? Dee , aku dapat
surat cinta !’’ ujar Ain sambil melambaikan sepucuk surat berstem dengan senyumannya
yang melebar hingga ke pipi.
‘’Ha ? surat cinta ? Fuiyoo
..Bagi aku baca dulu , aku nak tengok ! Cepatlah , bagi aku baca ! ‘’ Serentak
itu , Diana segera merampas surat yang
berada di dalam genggaman Ain itu .
Sejurus selepas membaca surat
cinta tersebut , Diana terkedu lalu terdiam seketika sambil memandang ke arah
Ain dengan pandangan yang sayu sekali .
‘’Wow ! Ain , rupa-rupanya
berkat usaha kau selama ni dah terbalas . Tahniah Ain . Aku tak sepandai kau ,
tapi aku harap, dengan biasiswa yang kau dapat ni , kau belajarlah
sungguh-sungguh , aku tau usaha kau tak sia-sia selama ni . Aku bangga aku
punya kawan macam kau, Ain , ‘’ Diana berkata demikian lalu memeluk erat tubuh kecil molek Ain Maisarah .
‘’Dee , janganlah sedih ,
nanti aku pun sedih jugak ,’’ ujar Ain dengan air yang mulai memenuhi kantung
matanya yang mulai merah itu .
‘’Taklah , siapa yang sedih .
Tengok ni, aku tak sedih pun ! ‘’ sejurus berkata demikian , Diana membuat
mimik muka ala-ala badut sarkas yang sedang ketawa .
‘’Dee ! Nanti kalau kita dah
besar , kita buat rumah kita bersebelahan nak tak ? Kita nanti berjiran , ha .
kalau ada apa-apa nanti , kau seru je nama aku , nanti aku datang kat kau .’’
‘’Tapi , nanti kalau kita
berjiran , bosan lah aku , hari-hari tengok muka kau je! ‘’
‘’Dee! Kau ni , tak nak
kawan kau dah ,’’ ujar Ain sambil
memuncungkan bibirnya tanda merajuk .
‘’Alalalala ! Aku gurau je
lah . Mestilah aku nak berjiran dengan kau . Kau kan kawan baik a.k.a
girlfriend aku selamanya ! ‘’ usik Dee sambil mengenyitkan mata kanannya .
Sejurus itu , Ain segera
mencubit paha Diana lalu mereka berdua meneruskan angan-angan mereka dengan
harapan ianya akan menjadi kenyataan satu hari nanti .Azmir yang semenjak tadi
menjadi pemerhati hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat
dua orang sahabat karibnya itu . Di dalam hatinya , dia bersyukur dengan
tawaran biasiswa yang diterima Ain sebentar tadi . Mungkin dengan peluang
melanjutkan pelajaran ke united Kingdom ini akan dapat merubah hidup sahabatnya itu kelak . Di dalam
hati , dia juga berharap agar tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading
turut diterima oleh Diana dan juga dirinya .
Loceng jam berbunyi dua kali menandakan
waktu rehat telah pun tiba . Sejurus itu, kelas yang tadinya senyap, kini riuh
rendah seperti berada di pasar malam
.Kebanyakan pelajar mulai berduyun-duyun menuju ke kawasan kantin sekolah yang terletak tidak jauh dari bangunan blok A
.Sudah menjadi kebiasaan , kantin dan pondok-pondok bacaan menjadi tempat utama
bagi kebanyakan pelajar . Berbeza dengan
kebanyakan pelajar , Akmal lebih suka
memilih untuk bersendirian di kelas ketika waktu rehat untuk mengulangkaji
pelajaran sementara peperiksaan pertengahan tahun semakin menghampiri.
‘’Mal , puas aku cari kau,
rupanya di sini kau sembunyi !’’ .,
sergah Zaki sambil menggoncang bahu teman karibnya, Akmal .
‘’Eh, kau ni Ki , bagilah
salam dulu , terkejut aku tahu tak ? Nasib baik aku tak ada sakit jantung ,
kalau tak menangis tak berlagu lah kau
jawabnya .’’, Akmal sempat berjenaka sambil menggeleng-geleng kepalanya melihat
telatah Zaki tersebut .
‘’Haha , ish kau ni ! Kesitu
pulak . Ha, yang kau ni , ada apa tak ada ribut , tiba-tiba cari aku ni?’’
‘’Ha! Ni aku nak cakap kat
kau ni, kau dah siap ke belum karangan
pasal pencemaran tu ? Puan Amalina nak tengok lepas habis rehat ni.’’
‘’Oh , kalau pasal karangan
tu, aku dah buat dah , cuma penutup je aku tak buat lagi , sebab malam tadi aku
ngantuk sangat, tu lah aku buat mana yang
mampu je .’’
‘’Wah , betul ke kau dah buat
ni? Kalau macam ni, makin bertambah sayang aku kat kau , bro ! Patutlah hari ni
aku tengok kau nampak handsome
semacam je.Hahaa ..’’
‘’Cehwah , kau kalau mengampu
aku nombor satu kan ? haha . Ha , ni kau
nak ke mana lagi ni?’’
‘’Hehe ..Macam biasa lah ,
Mal. Aku nak jumpa Sarah sekejap kat depan koperasi . Rindu .’’
‘’Haha ! Kau ni kan Ki , tak
habis-habis dengan si Sarah kau tu . Apa kata kau duduk dengan aku ni ha, tolong
siapkan bahagian penutup karangan ni , kan bagus . Sejuk mata memandang ,
entah-entah kalau Sarah tengok pun terus
jatuh hati . ‘’
‘’Eh , kau rasa kalau Sarah tengok aku teman kau belajar ,
dia terpikat ke ?’’
‘’Ki , mestilah dia terpikat
punya . Bukan setakat terpikat je , dia mesti gila bayang punya kat kau . Wa
berani guarantee beb ! ‘’
‘’Haha ! banyak lah kau punya
kelentong ! Okay lah , kau buatlah
penutup baik-baik okay ? senang je tu , kau rumuskan je semua isi-isi penting
,lepas tu kau bagilah pendapat kau tentang peranan mana-mana pihak yang
bertanggungjawab untuk isu pencemaran ni . siap !’’
‘’Amboi , kau cakap macam
senang je nak buat ! ‘’
‘’Yelah , kenalah bagi
kata-kata semangat kan ? Chaiyok-chaiyok , Mal ! You
can do it !’’
‘’Haha .Macam-macamlah kau
ni, Ki . Okay jumpa nanti kat kelas . Kirim salam kat Sarah kau tu , cakap kat
dia , Akmal hensem kirim salam sayang .’’
‘’Banyaklah kau punya salam
sayang !’’ Kau sayang dengan kucing je , jangan nak lebih-lebih dengan buah
hati aku pulak ! Okay aku pergi dulu . Jumpa lepas ni okay ! Bye . ’’
‘’Bye sahabatku, hati-hati !
Ingat tau , sampaikan salam sayang aku
pada Sarah. ‘’ Laung Akmal kepada Zaki yang semakin jauh dari
pandangannya .
.................................................................................................................................................................
Rumah Pelangi Indah
Dingin embun pagi ini
benar-benar menyusupi hingga ke tulangnya .Zahirah merenung jauh ke luar jendela biliknya.
Kelihatan seorang wanita tua sedang mengutip sesuatu di tepi longkang
berhampiran rumah Pelangi Indah yang didiaminya itu. Tanpa disedari, mata
berwarna hazel miliknya mengeluarkan air mata seolah-olah memberitahu dirinya bahawa dia
harus bersyukur dengan apa yang ada .
Seharusnya pada usia emas begitu, makcik tua itu seharusnya berehat di
rumah , melayan kerenah dan gurau tawa cucu-cucunya . Zahirah begitu merindui
zaman kanak-kanaknya .Meskipun dia tidak pernah merasai kasih sayang ibu bapa
kandungnya, namun dia sentiasa merindui mereka dan berharap agar suatu saat
nanti , dia akan berpeluang bertemu dengan mereka .
‘’Ira , apa yang termenung
lama sangat tu ? ‘’ ujar Puan Aida
sambil mengusap lembut rambut Zahirah yang berwarna coklat keperangan lurus
melepasi bahu itu .
‘’ Tak ada apa-apa umi ‘’,
balas Zahirah sambil bibir munggilnya mengulum senyuman sambil mengelap baki-baki
air matanya dengan harapan Umi tidak melihat perbuatannya itu .
‘’Ira , Umi anggap Ira macam
anak kandung Umi sendiri . Tak pernah pun Umi membezakan kasih sayang anak-anak Umi .
Ira , janganlah anggap Umi ni mak angkat Ira . Umi selalu berdoa agar Ira dapat
terima Umi seadanya .Umi sayangkan Ira . Terlalu sayangkan Ira . Umi harap Ira tak
berahsia dengan Umi . Sebagaimana Umi tak pernah berahsia dengan Ira .
Kesedihan Ira , kekecewaan dan
kebahagiaan Ira , semuanya umi faham , sayang ,’’ luah Puan Aida sayu
memandang ke arah tubuh kecil Zahirah
yang sedang merenung ke arah wajahnya .
Akhirnya , tanpa dipinta ,
air mata Zahirah kembali memenuhi pipinya .
‘’Ira , Ira teringin nak
jumpa mak dengan ayah kandung Ira , Umi ,‘’ tersedu sedan Zahirah meluahkan
hasrat hatinya sambil memeluk emak angkatnya seerat-eratnya.
‘’Ira, maafkan Umi sayang .
Umi masih sedang berusaha mencari ibu dan ayah kandung Ira .InsyaAllah , suatu
hari nanti , pasti kita akan dapat berjumpa dengan ibu dan ayah kandung Ira .Ira
mesti tabah , sayang . Kalau Ira tabah , Tuhan akan lebih menyayangi Ira .
Selagi Umi masih bernafas , Umi akan pastikan Ira tidak akan menderita .
Biarlah kita sama-sama bahagia , sama-sama derita,ya nak ..’’ sebak Puan Aida
menuturkan semua perkataan itu terhadap Zahirah .
‘’Maafkan Ira , Umi . Tak
sepatutnya Ira berkata begitu terhadap Umi . Ira sayangkan Umi .Sayang sangat .
Umi terlalu baik terhadap Ira .Tapi , entah kenapa , semenjak belakangan ini ,
Ira teringin sangat berjumpa dengan mereka , Umi . Tapi , walau apa pun yang
berlaku , Ira nak Umi tahu bahawa di dalam dunia ni , tiada insan yang paling istimewa di hati
Ira melainkan Umi ,’’ perlahan-lahan Zahirah menuturkan perkataan itu sambil
tangannya mencapai tangan emak angkatnya lalu disalami dengan penuh kasih
sayang.
‘’Umi pun sayangkan Ira juga,
sayang . Umi doakan semoga Ira membesar sebagai gadis yang berdikari , kuat ,
dan juga solehah . Ira sangat cantik di mata Umi , dan Ira pasti akan kekal
cantik seperti bidadari di akhirat kelak
jika Ira tabah melalui semua dugaan ini , ‘’ ujar Puan Aida lantas dia terus
memeluk erat tubuh Zahirah .
15 tahun dahulu .- Kuala
Selangor .
‘’Assalamualaikum , Aida .’’
‘’Waalaikumussalam , kak .
Apa yang tercegat lagi kat luar tu ? Masuklah dulu kak , ‘’ mesra Aida menyapa
kakak kandungnya , Halimah yang datang berkunjung ke rumahnya itu .
‘’ Akak datang ni , nak
melawat anak angkat kau tu . Sihat tak bayi tu ? Macam mana dengan surat
beranak budak ni , kau dah uruskan ke ? ‘’
‘’Sudah kak , semuanya sudah
saya dengan abang Man uruskan . Akak tak perlulah risau ya . Mulanya kami takut
jugak ada masalah dengan pihak pendaftaran , tapi alhamdulillah segalanya
berjalan dengan lancar .’’
‘’Baguslah kalau begitu . Akak
ni bukan apa Aida . Akak ada juga dengar dari
mulut orang-orang kampung ni yang budak tu mungkin anak haram . Tak sedaplah akak dengar .Tapi , akak tahu , orang kampung kita ni memang suka
bercakap perkara yang tak tahu asal usulnya .’’
‘’Astaghfirullah kak .. kalau
orang kampung nak cakap apa pun , cakaplah kak . Saya tak peduli dah !Kita ni
kalau hidup asyik nak dengar apa orang kata , memang tak ke mana lah . Silap hari
bulan , habis hidup merana dek gosip
liar macam ni ! ‘’
‘’Akak ni , Aida , cakap saja
. Akak tak berniat pun nak melukakan hati kau . Kau tu adik akak , apa yang kau
buat , akak tahu atas niat yang baik . Aida , boleh akak tengok bayi kau tu ? Teringin
jugak akak nak tengok budaknya . Kata Mek Jah , lawa budaknya . Putih gebu .Itu
yang akak tak sabar sangat nak tengok ni ,’’ ujar Halimah sambil mengulum
senyuman manis terhadap adiknya itu .
‘’ Boleh kak , sekejap ya ,
saya pergi ambil budak tu . Tidur lama pulak , maklumlah bayi lah katakan , tersengih Aida memandang ke arah Halimah yang
sedang menghirup minuman di ruang tamu .
Sejurus kemudian , bunyi
tangisan bayi mula memenuhi ruang tamu yang tidak seberapa besar itu .
‘’ SubhanAllah , comelnya
bayi kau ni , Aida . sihat badannya .Besar nanti , pasti cantik anak kau ni ,
Aida . Sekali pandang , macam anak mat
salleh pun ada akak tengok . Putih macam air susu kulitnya , merah bak delima bibirnya . Kau kenal ke mak
ayah bayi ni , Aida ?
‘’ Tak kenal ,kak . Tapi ,masa
saya ambil bayi ni tempoh hari , saya Cuma diberitahu mereka jumpa anak ni pun
kat depan pintu surau berdekatan dengan rumah kebajikan ni. Kebetulan pulak ,
hari tu , pengetua rumah kebajikan ni yang jumpa bayi ni,’’ ujar Aida sambil
matanya mengalih ke arah lain seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu kebenaran
daripada pengetahuan kakaknya .
‘’Hmm. Siapalah yang tergamak
menyerahkan bayi secomel ni kepada pihak lain , ya Aida ? Sekarang ni ,
macam-macam orang ada ! Siapa namanya , Aida?’’ ligat Halimah bertanyakan
soalan .
‘’ Zahirah, kak . Nur Zahirah
. ‘’
‘’Zahirah ..Sedap nama tu !
Pandai kau pilih , Aida .Nanti ,kita panggil Ira ajalah , nampak manis sikit. Ira,
Ira suka tak nama Zahirah ni ? Nanti Ira besar , Ira kena jadi kuat , tabah .
Dalam hidup ni , tak semua orang yang kita jumpa baik . Kita kena pandai pilih
kawan , kalau tidak , kelak merana diri . Kalau Ira dah boleh jalan , nanti Mak
Mah bawak pergi jalan-jalan ya , nak ?
Halimah bermonolog sendirian sambil tangannya mengusap lembut pipi
lembut Zahirah yang sedang menghisap
jari memandang ke arahnya seolah-olah memahami apa yang disampaikan oleh
halimah .
Aida yang melihat hanya mampu
tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melayan kerenah kakaknya itu . Namun
jauh di sudut hati , dia juga berharap agar Zahirah membesar sebagai gadis yang
berdikari dan tabah menghadapi segala rintangan .
‘’ Baiklah kak . Saya pun
memang bercadang nak panggil Ira .Saya harap agar Ira ni , membesar sebagai
anak yang solehah , tahu batas agama , berpendidikan , dan saya harap nanti dia
akan tabah di saat dia tahu kebenaran kelak .‘’
‘’InsyaAllah , Aida .
Mudah-mudahan , Tuhan akan mempermudahkan usaha kau dalam membesarkan dia .
Kita ni buat benda baik , pasti segalanya akan dipermudahkan , Aida .
‘’Amin , kak .’’
Di saat ini , Diana terasa kepalanya
berdenyut-denyut seperti ada jarum yang mencucuk di atas kepalanya . Dia meletakkan kepalanya dia atas meja
sambil jari jemarinya memicit ubun-ubun kepalanya .
‘’Aduhai , sakitnya kepala ni
.. ‘’, monolog Diana sendirian . Tidak tahan merasakan denyutan yang semakin
kuat di ubun-ubun kepalanya itu , dia segera melangkah menuju ke arah meja
belajar dengan perlahan-lahan . Dengan kudrat tidak bermaya , dia segera
mencapai sebiji panadol lalu ditelannya perlahan bersama segelas air mineral di
tangan kirinya . Sesudah itu , dia segera merebahkan badannya ke atas katil
kembali , sambil tangan kanannya itu menggenggam kedua-dua tangannya kesejukan
.
‘’Dee , kau okay ke tak ni ?’’ tanya
Anis sejurus sahaja melangkah masuk ke bilik tidur Diana . Tanpa membuang masa
, Anis segera meletakkan tangannya di atas dahi Diana .
‘’Ya Allah , panasnya dahi
budak ni ‘’ , berkata Anis sendirian . Tanpa berlengah , Anis berlari-lari anak
menuju ke arah dapur rumah mereka . Tangannya segera mencapai sehelai tuala
muka beserta semangkuk air lalu dia kembali ke arah bilik Diana . Dengan
perlahan-lahan , Anis mengelap dahi sahabat baiknya itu.
‘