Tuesday, 19 March 2013

Wahai hati, bergembiralah dikau :-)

                         Assalamualaikum .. :D

Lama dah aku tak menulis dalam blog yang tak pernah update ni .. >.<
 Tentang bagaimana cara mengatasi perasaan sedih  ketika sedang berduka  .


Aku bukan Dr.cinta atau pakar motivasi dalam hal-hal seperti ini. Tetapi, keadaan sekeliling yang membuat aku faham serba sedikit apa maksud sesebuah hubungan tu .. Apabila sedang bahagia dalam sesebuah hubungan, perasaan dan fikiran menjadi ringan ..Tetapi, apabila sedang kecewa,berduka, hati rasa remuk .. Fikiran asyik memikirkan tentang hala tuju sesebuah hubungan itu .Wahai hati, bergembiralah dikau :-)



               Jodoh tu kan rahsia Allah .. :D

  Bila sesebuah hubungan itu telah berakhir , tidak kiralah bagaimana jenis pengakhirannya, sama ada secara baik mahupun tidak , paling penting sekali kita harus mengetahui bagaimana cara untuk mengatasinya..
Pertama , kita mestilah segera mengingati diri kepada Allah s.w.t. ..Solat, zikir..Ingat, setiap perkara berlaku ada hikmahnya.Jika hubungan itu tidak berakhir dengan baik, maka kita hendaklah yakin bahawa Allah telah merencana sesuatu yang lebih baik untuk kita .. 

                 Bersangka baik kepada Allah..

 Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah, 2:30. 

.Kedua, hanya waktu yang mampu menghilangkan segala rasa rindu pada kenangan lalu..Rindu pada waktu yang telah lama berlalu.Mustahil untuk kita sewenang-wenangnya melupakan segala peristiwa yang terjadi ..Tetapi, kita harus ingat, kenangan lalu merupakan langkah dalam kita bergerak maju ke hadapan.. Ada orang yang mengambil sekejap sahaja waktu untuk bergerak ke hadapan .. Namun, ada orang yang mengambil bertahun-tahun untuk maju setapak..
Waktu yang telah berlalu pergi tidak mungkin kembali, tetapi waktu yang kita berpijak sekarang, akan berlalu pergi sekiranya kita tidak menghargainya.. 

Ketiga, kita mesti percaya kepada diri kita . Percaya bahawa kita mampu menjadi seorang yang kuat dan tabah.. Lakukanlah perkara yang mencabar diri kita. Lakukan apa yang kita rasa sebelum ni tak mampu dilakukan. Kuat bukan bermaksud dari segi fizikal semata, kuat beerti kita mampu berhadapan dengan perkara yang paling besar dalam hidup kita. Cabaran sentiasa menanti di hadapan, hanya kekuatan diri kita yang mampu menguji sejauh mana
kita bakal menghadapinya nanti.            
                                                                        
Pilihan di tangan kita..

Kebahagiaan sedang menantimu ! InsyaAllah ..