Tuesday, 11 December 2012

secalit penulisanku..Merindu Lagi..



Bab 1
‘’Hai ! Nama aku ,  Diana .. Adriani Diana binti Zaffri. Nama yang simple macam orangnya juga .  Korang boleh panggil aku , Diana . Tapi , bunyi macam formal sangat pulak kan ? Hehe . Jadi , korang boleh panggil aku Dian . Ermm .. tapi macam baik sangat lah pulak . Ha ! apa kata , korang panggil aku Ana  ? Lagipun , aku ni peminat Anna Hathaway . Tapi , aku tak lah secantik dia . Tinggi pun , paling-paling had siku dia je kot . Tapi , aku ada senyuman semanis dia . Percaya tak , ha , tengok ni !’’ , sejurus itu , Dee serentak menayangkan barisan giginya yang dipenuhi coklat cadbury itu ke arah kamera yang sedang dirakam oleh Azmir .
‘’Dee !’’ Laungan Ain  menyebabkan Diana terus terhatuk kepalanya ke arah kamera yang sedang dipegang oleh Azmir .
‘’Adoi !  Ain , kalau ye pun bagilah salam dulu . Kau ni , buat aku sakit jantung je . Haishh . Aku ni tak kahwin lagi tau . Kalau ye pun , bagilah aku bertunang dulu ke ‘’, ujar Diana sambil tersenyum kambing .
‘’Mai aii , sakitnya kepala aku !’’ , monolog Diana sendirian tatkala Ain mulai menghampiri dirinya .
‘’Ala , sorry lah Dee . Aku ade berita penting nak bagitau kat kau ni !’’
‘’Berita apa yang lagi penting daripada merakam saat-saat manis bersama cadbury aku ni , Ain  ? Adoi, bengkak kepala aku , ‘’ ujar Diana sambil perlahan-lahan  mengusap ubun-ubun kepalanya .
‘’Ala, nanti aku tolong picitkan kepala kau okay? Dee ,  aku dapat surat cinta !’’ ujar  Ain sambil  melambaikan sepucuk surat berstem dengan senyumannya yang melebar hingga ke pipi.
‘’Ha ? surat cinta ? Fuiyoo ..Bagi aku baca dulu , aku nak tengok ! Cepatlah , bagi aku baca ! ‘’ Serentak itu , Diana segera merampas surat  yang berada di dalam genggaman Ain itu .
Sejurus selepas membaca surat cinta tersebut , Diana terkedu lalu terdiam seketika sambil memandang ke arah Ain dengan pandangan yang sayu sekali .
‘’Wow ! Ain , rupa-rupanya berkat usaha kau selama ni dah terbalas . Tahniah Ain . Aku tak sepandai kau , tapi aku harap, dengan biasiswa yang kau dapat ni , kau belajarlah sungguh-sungguh , aku tau usaha kau tak sia-sia selama ni . Aku bangga aku punya kawan macam kau, Ain , ‘’ Diana berkata demikian lalu memeluk erat tubuh  kecil molek Ain Maisarah .
‘’Dee , janganlah sedih , nanti aku pun sedih jugak ,’’ ujar Ain dengan air yang mulai memenuhi kantung matanya yang mulai merah  itu .
‘’Taklah , siapa yang sedih . Tengok ni, aku tak sedih pun ! ‘’ sejurus berkata demikian , Diana membuat mimik muka ala-ala badut sarkas yang sedang ketawa .
‘’Dee ! Nanti kalau kita dah besar , kita buat rumah kita bersebelahan nak tak ? Kita nanti berjiran , ha . kalau ada apa-apa nanti , kau seru je nama aku , nanti aku datang kat kau .’’
‘’Tapi , nanti kalau kita berjiran , bosan lah aku , hari-hari tengok muka kau je! ‘’
‘’Dee! Kau ni , tak nak kawan  kau dah ,’’ ujar Ain sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk .
‘’Alalalala ! Aku gurau je lah . Mestilah aku nak berjiran dengan kau . Kau kan kawan baik a.k.a girlfriend aku selamanya ! ‘’ usik Dee sambil mengenyitkan mata kanannya  .
Sejurus itu , Ain segera mencubit paha Diana lalu mereka berdua meneruskan angan-angan mereka dengan harapan ianya akan menjadi kenyataan satu hari nanti .Azmir yang semenjak tadi menjadi pemerhati hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat dua orang sahabat karibnya itu . Di dalam hatinya , dia bersyukur dengan tawaran biasiswa yang diterima Ain sebentar tadi . Mungkin dengan peluang melanjutkan pelajaran ke united Kingdom   ini akan dapat  merubah hidup sahabatnya itu kelak . Di dalam hati , dia juga berharap agar tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading turut diterima oleh Diana dan juga dirinya .

Loceng jam berbunyi dua kali menandakan waktu rehat telah pun tiba . Sejurus itu, kelas yang tadinya senyap, kini riuh rendah seperti  berada di pasar malam .Kebanyakan pelajar mulai berduyun-duyun menuju ke kawasan  kantin sekolah  yang terletak tidak jauh dari bangunan blok A .Sudah menjadi kebiasaan , kantin dan pondok-pondok bacaan menjadi tempat utama bagi kebanyakan  pelajar . Berbeza dengan kebanyakan pelajar , Akmal  lebih suka memilih untuk bersendirian di kelas ketika waktu rehat untuk mengulangkaji pelajaran sementara peperiksaan pertengahan tahun semakin menghampiri.
‘’Mal , puas aku cari kau, rupanya di  sini kau sembunyi !’’ ., sergah  Zaki  sambil menggoncang bahu  teman karibnya, Akmal .
‘’Eh, kau ni Ki , bagilah salam dulu , terkejut aku tahu tak ? Nasib baik aku tak ada sakit jantung , kalau tak  menangis tak berlagu lah kau jawabnya .’’, Akmal sempat berjenaka sambil menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah Zaki tersebut .
‘’Haha , ish kau ni ! Kesitu pulak . Ha, yang kau ni , ada apa tak ada ribut , tiba-tiba cari aku ni?’’
‘’Ha! Ni aku nak cakap kat kau ni, kau dah siap ke belum  karangan pasal pencemaran tu ? Puan Amalina nak tengok lepas habis rehat  ni.’’
‘’Oh , kalau pasal karangan tu, aku dah buat dah , cuma penutup je aku tak buat lagi , sebab malam tadi aku ngantuk sangat, tu lah aku buat mana yang  mampu je .’’
‘’Wah , betul ke kau dah buat ni? Kalau macam ni, makin bertambah sayang aku kat kau , bro ! Patutlah hari ni aku tengok kau nampak handsome semacam je.Hahaa ..’’
‘’Cehwah , kau kalau mengampu aku nombor  satu kan ? haha . Ha , ni kau nak ke mana lagi ni?’’
‘’Hehe ..Macam biasa lah , Mal. Aku nak jumpa Sarah sekejap kat depan koperasi . Rindu .’’
‘’Haha ! Kau ni kan Ki , tak habis-habis dengan si Sarah kau tu . Apa kata kau duduk dengan aku ni ha, tolong siapkan bahagian penutup karangan ni , kan bagus . Sejuk mata memandang , entah-entah  kalau Sarah tengok pun terus jatuh hati . ‘’
‘’Eh , kau rasa  kalau Sarah tengok aku teman kau belajar , dia terpikat ke ?’’
‘’Ki , mestilah dia terpikat punya . Bukan setakat terpikat je , dia mesti gila bayang punya kat kau . Wa berani guarantee beb ! ‘’
‘’Haha ! banyak lah kau punya kelentong ! Okay lah , kau buatlah penutup baik-baik okay ? senang je tu , kau rumuskan je semua isi-isi penting ,lepas tu kau bagilah pendapat kau tentang peranan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk isu pencemaran ni . siap !’’
‘’Amboi , kau cakap macam senang je nak buat ! ‘’
‘’Yelah , kenalah bagi kata-kata semangat kan ? Chaiyok-chaiyok  , Mal ! You can do it !’’
‘’Haha .Macam-macamlah kau ni, Ki . Okay jumpa nanti kat kelas . Kirim salam kat Sarah kau tu , cakap kat dia , Akmal hensem kirim salam sayang .’’
‘’Banyaklah kau punya salam sayang !’’ Kau sayang dengan kucing je , jangan nak lebih-lebih dengan buah hati aku pulak ! Okay aku pergi dulu . Jumpa lepas ni okay ! Bye . ’’
‘’Bye sahabatku, hati-hati ! Ingat tau , sampaikan salam sayang aku  pada Sarah. ‘’ Laung Akmal kepada Zaki yang semakin jauh dari pandangannya .
.................................................................................................................................................................
Rumah Pelangi Indah
Dingin embun pagi ini benar-benar menyusupi hingga ke tulangnya .Zahirah  merenung jauh ke luar jendela biliknya. Kelihatan seorang wanita tua sedang mengutip sesuatu di tepi longkang berhampiran rumah Pelangi Indah yang didiaminya itu. Tanpa disedari, mata berwarna hazel miliknya mengeluarkan air mata  seolah-olah memberitahu dirinya bahawa dia harus bersyukur dengan apa yang ada .  Seharusnya pada usia emas begitu, makcik tua itu seharusnya berehat di rumah , melayan kerenah dan gurau tawa cucu-cucunya . Zahirah begitu merindui zaman kanak-kanaknya .Meskipun dia tidak pernah merasai kasih sayang ibu bapa kandungnya, namun dia sentiasa merindui mereka dan berharap agar suatu saat nanti , dia akan berpeluang bertemu dengan mereka .
‘’Ira , apa yang termenung lama sangat tu ?  ‘’ ujar Puan Aida sambil mengusap lembut rambut Zahirah yang berwarna coklat keperangan lurus melepasi bahu itu .
‘’ Tak ada apa-apa umi ‘’, balas Zahirah sambil bibir munggilnya mengulum senyuman sambil mengelap baki-baki air matanya dengan harapan Umi tidak melihat perbuatannya itu .
‘’Ira , Umi anggap Ira macam anak kandung Umi sendiri . Tak pernah pun  Umi membezakan kasih sayang anak-anak Umi . Ira , janganlah anggap Umi ni mak angkat Ira . Umi selalu berdoa agar Ira dapat terima Umi seadanya .Umi sayangkan Ira . Terlalu sayangkan Ira . Umi harap Ira tak berahsia dengan Umi . Sebagaimana Umi tak pernah berahsia dengan Ira . Kesedihan Ira , kekecewaan dan  kebahagiaan Ira , semuanya umi faham , sayang ,’’ luah Puan Aida sayu memandang ke arah tubuh kecil  Zahirah yang sedang merenung ke arah wajahnya .
Akhirnya , tanpa dipinta , air mata Zahirah kembali memenuhi pipinya .
‘’Ira , Ira teringin nak jumpa mak dengan ayah kandung Ira , Umi ,‘’ tersedu sedan Zahirah meluahkan hasrat hatinya sambil memeluk emak angkatnya seerat-eratnya.
‘’Ira, maafkan Umi sayang . Umi masih sedang berusaha mencari ibu dan ayah kandung Ira .InsyaAllah , suatu hari nanti , pasti kita akan dapat berjumpa dengan ibu dan ayah kandung Ira .Ira mesti tabah , sayang . Kalau Ira tabah , Tuhan akan lebih menyayangi Ira . Selagi Umi masih bernafas , Umi akan pastikan Ira tidak akan menderita . Biarlah kita sama-sama bahagia , sama-sama derita,ya nak ..’’ sebak Puan Aida menuturkan semua perkataan itu terhadap Zahirah .
‘’Maafkan Ira , Umi . Tak sepatutnya Ira berkata begitu terhadap Umi . Ira sayangkan Umi .Sayang sangat . Umi terlalu baik terhadap Ira .Tapi , entah kenapa , semenjak belakangan ini , Ira teringin sangat berjumpa dengan mereka , Umi . Tapi , walau apa pun yang berlaku , Ira nak Umi tahu bahawa di dalam dunia ni  , tiada insan yang paling istimewa di hati Ira melainkan Umi ,’’ perlahan-lahan Zahirah menuturkan perkataan itu sambil tangannya mencapai tangan emak angkatnya lalu disalami dengan penuh kasih sayang.
‘’Umi pun sayangkan Ira juga, sayang . Umi doakan semoga Ira membesar sebagai gadis yang berdikari , kuat , dan juga solehah . Ira sangat cantik di mata Umi , dan Ira pasti akan kekal cantik seperti bidadari  di akhirat kelak jika Ira tabah melalui semua dugaan ini , ‘’ ujar Puan Aida lantas dia terus memeluk erat tubuh Zahirah .

15 tahun dahulu .- Kuala Selangor .
‘’Assalamualaikum , Aida .’’
‘’Waalaikumussalam , kak . Apa yang tercegat lagi kat luar tu ? Masuklah dulu kak , ‘’ mesra Aida menyapa kakak kandungnya , Halimah yang datang berkunjung ke rumahnya itu .  
‘’ Akak datang ni , nak melawat anak angkat kau tu . Sihat tak bayi tu ? Macam mana dengan surat beranak budak ni , kau dah uruskan ke ? ‘’
‘’Sudah kak , semuanya sudah saya dengan abang Man uruskan . Akak tak perlulah risau ya . Mulanya kami takut jugak ada masalah dengan pihak pendaftaran , tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar .’’
‘’Baguslah kalau begitu . Akak ni bukan apa Aida . Akak ada juga dengar dari  mulut orang-orang kampung ni yang budak tu mungkin anak haram .  Tak sedaplah akak dengar .Tapi , akak  tahu , orang kampung kita ni memang suka bercakap perkara yang tak tahu asal usulnya .’’
‘’Astaghfirullah kak .. kalau orang kampung nak cakap apa pun , cakaplah kak . Saya tak peduli dah !Kita ni kalau hidup asyik nak dengar apa orang kata , memang tak ke mana lah . Silap hari bulan , habis hidup  merana dek gosip liar macam ni  ! ‘’
‘’Akak ni , Aida , cakap saja . Akak tak berniat pun nak melukakan hati kau . Kau tu adik akak , apa yang kau buat , akak tahu atas niat yang baik . Aida , boleh akak tengok bayi kau tu ? Teringin jugak akak nak tengok budaknya . Kata Mek Jah , lawa budaknya . Putih gebu .Itu yang akak tak sabar sangat nak tengok ni ,’’ ujar Halimah sambil mengulum senyuman manis terhadap adiknya itu .
‘’ Boleh kak , sekejap ya , saya pergi ambil budak tu . Tidur lama pulak , maklumlah bayi lah katakan ,  tersengih Aida memandang ke arah Halimah yang sedang menghirup minuman di ruang tamu .
Sejurus kemudian , bunyi tangisan bayi mula memenuhi ruang tamu yang tidak seberapa besar itu .
‘’ SubhanAllah , comelnya bayi kau ni , Aida . sihat badannya .Besar nanti , pasti cantik anak kau ni , Aida . Sekali pandang , macam anak mat salleh pun ada akak tengok . Putih macam air susu kulitnya ,  merah bak delima bibirnya . Kau kenal ke mak ayah bayi ni , Aida ?
‘’ Tak kenal ,kak . Tapi ,masa saya ambil bayi ni tempoh hari , saya Cuma diberitahu mereka jumpa anak ni pun kat depan pintu surau berdekatan dengan rumah kebajikan ni. Kebetulan pulak , hari tu , pengetua rumah kebajikan ni yang jumpa bayi ni,’’ ujar Aida sambil matanya mengalih ke arah lain seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu kebenaran daripada pengetahuan kakaknya .
‘’Hmm. Siapalah yang tergamak menyerahkan bayi secomel ni kepada pihak lain , ya Aida ? Sekarang ni , macam-macam orang ada ! Siapa namanya , Aida?’’ ligat Halimah bertanyakan soalan .
‘’ Zahirah, kak . Nur Zahirah . ‘’
‘’Zahirah ..Sedap nama tu ! Pandai kau pilih , Aida .Nanti ,kita panggil Ira ajalah , nampak manis sikit. Ira, Ira suka tak nama Zahirah ni ? Nanti Ira besar , Ira kena jadi kuat , tabah . Dalam hidup ni , tak semua orang yang kita jumpa baik . Kita kena pandai pilih kawan , kalau tidak , kelak merana diri . Kalau Ira dah boleh jalan , nanti Mak Mah bawak pergi jalan-jalan ya , nak ?  Halimah bermonolog sendirian sambil tangannya mengusap lembut pipi lembut Zahirah yang sedang  menghisap jari memandang ke arahnya seolah-olah memahami apa yang disampaikan oleh halimah  .
Aida yang melihat hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melayan kerenah kakaknya itu . Namun jauh di sudut hati , dia juga berharap agar Zahirah membesar sebagai gadis yang berdikari dan tabah menghadapi segala rintangan .
‘’ Baiklah kak . Saya pun memang bercadang nak panggil Ira .Saya harap agar Ira ni , membesar sebagai anak yang solehah , tahu batas agama , berpendidikan , dan saya harap nanti dia akan tabah di saat dia tahu kebenaran kelak .‘’
‘’InsyaAllah , Aida . Mudah-mudahan , Tuhan akan mempermudahkan usaha kau dalam membesarkan dia . Kita ni buat benda baik , pasti segalanya akan dipermudahkan , Aida .
‘’Amin , kak .’’

Di saat ini , Diana terasa kepalanya berdenyut-denyut seperti ada jarum yang mencucuk di atas kepalanya  . Dia meletakkan kepalanya dia atas meja sambil jari jemarinya memicit ubun-ubun kepalanya .
‘’Aduhai , sakitnya kepala ni .. ‘’, monolog Diana sendirian . Tidak tahan merasakan denyutan yang semakin kuat di ubun-ubun kepalanya itu , dia segera melangkah menuju ke arah meja belajar dengan perlahan-lahan . Dengan kudrat tidak bermaya , dia segera mencapai sebiji panadol lalu ditelannya perlahan bersama segelas air mineral di tangan kirinya . Sesudah itu , dia segera merebahkan badannya ke atas katil kembali , sambil tangan kanannya itu menggenggam kedua-dua tangannya kesejukan .
‘’Dee , kau okay ke tak ni ?’’  tanya Anis sejurus sahaja melangkah masuk ke bilik tidur Diana . Tanpa membuang masa , Anis segera meletakkan tangannya di atas dahi Diana .
‘’Ya Allah , panasnya dahi budak ni ‘’ , berkata Anis sendirian . Tanpa berlengah , Anis berlari-lari anak menuju ke arah dapur rumah mereka . Tangannya segera mencapai sehelai tuala muka beserta semangkuk air lalu dia kembali ke arah bilik Diana . Dengan perlahan-lahan , Anis mengelap dahi sahabat baiknya itu.